Sejarah Silam Harimau
19 May 2008

Harimau tergolong dalam kerajaan haiwan dalam filum kordata (bersaraf tunjang), sub-filum vertebrata (bertulang belakang), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu), susunan maging (Carnivor), keluarga felidae (kucing), genus panthera, spesies tigris (harimau).
Sejarah Silam Harimau
Harimau dan kesemua haiwan pemangsa order maging (karnivor) merupakan keturunan haiwan purba yang dikenali sebagai Miacids yang hidup pada akhir zaman Cretaceous kira-kira 70-65 juta tahun dahulu semasa zaman dinosaur di Asia Barat (Andrew Kitchener, “The Natural History of Wild Cats”). Tidak banyak fossil Miacids dijumpai tetapi berdasarkan fossil yang dijumpai, Miacids dipercayai merupakan mamalia maserba bersaiz kecil dan berkaki empat. Miacids mempunyai 44 gigi termasuk gigi khas untuk mengoyakkan daging, mempunyai badan yang panjang, berekor panjang, mempunyai bahu dan siku yang boleh melentur, dengan anggota kaki yang pendek. Miacids beransur-ansur berubah selama tempoh 60 juta tahun untuk menghasilkan beratus-ratus cabang keturunan termasuk anjing, beruang, anjing laut, weasels, stoats, dan sebagainya.
Dua sub-order utama dari keturunan Miacids adalah Fissipeda (kaki terbelah) yang termasuk weasel, cemperlai, anjing, hyenas, kuching, cemperlai; dan Pinnipeda (”mempunyai kaki pendayung”) yang termasuk singa laut, anjing laut, dan gajah mina (walruses). Di antara Fissipeda termasuk 37 spesies kucing besar (big cats) yang terdapat pada masa sekarang, termasuk harimau (Panthera tigris ).
Fosil harimau yang hidup pada akhir zaman Pliocene / zaman Pleistocene telah ditemui di kawasan timur Asia di China dan Siberia, dan dari situ harimau dipercayai bergerak kepada dua arah. Harimau yang bergerak melalui hutan Asia Tengah ke barat dan baratdaya menjadi harimau Caspian. Harimau yang bergerak dari Asia Tengah ke arah kawasan pergunungan barat, dan seterusnya ke Asia tenggara dan kepulauan Indonesia, sebahagiannya ke barat sehingga ke India (Hemmer,1987)
Harimau gigi Sabre (Harimau Sabre-tooth)
Harimau gigi Sabre merupakan salah satu cabang evolusi keluarga kucing tetapi bukanlah leluhur langsung keluarga harimau yang terdapat pada masa sekarang. Cabang keturunan harimau gigi Sabre telah pupus semenjak berjuta tahun dahulu. Harimau gigi Sabre mendapat nama daripada giginya yang menjulur keluar, bengkok seperti pedang sabre yang digunakan oleh tentera berkuda.
Cintai mereka jangan biarkan mereka punah dengan bergabung dengan team cegah satwa punah dot com
Entry Filed under: Tak Berkategori. .
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed